> Semut Bersangka Baik Kepada Nabi Sulaiman A.S

Semut Bersangka Baik Kepada Nabi Sulaiman A.S



Seekor semut mengajar kita berfikiran positif.


Berkatalah seekor semut, "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari."


An-Naml 27:18


Kita tengok dengan teliti kata-kata semut ini, "Jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari." Ia telah prasangka baik kepada Nabi Sulaiman a.s serta pasukannya, kerana semut tahu ia sangat kecil hingga hampir para pejalan kaki tidak memperhatikannya. 


Orang alim bagi tahu, dalam keadaan terancam seperti ini pun, semut ini masih sempat ingin menyelamatkan kaumnya dan pada masa yang sama juga ia sempat berbaik sangka dan menambahkan kata-kata peringatan dengan kalimat "sedang mereka tidak menyedari".


Tidak dinafikan bahawa ini adalah antara logik paling indah Al-Quran yang ingin dijelaskannya kepada manusia.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,"


Al-Hujuraat 49:12


Nabi s.a.w juga berpesan supaya kita jangan berburuk sangka. 


Sabda Nabi s.a.w mafhumnya, “Berwaspadalah terhadap buruk sangka kerana berburuk sangka merupakan perkataan paling dusta."


Allah Maha Mengetahui

Perkara Yang Benar. 


@islamitu_indah


Post a Comment

0 Comments