> Wasiat Rasulullah SAW Kepada Muaz bin Jabal

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Muaz bin Jabal

 


WASIAT RASULULLAH KEPADA MU'AZ BIN JABAL 


Suatu hari Baginda s.a.w. memegang tangan Mu'az bin Jabal, seraya berkata:

"Wahai Mu'az, Demi ALLAH, aku mencintaimu", 

lalu jawab Mu'az: "Demi ayahku dan ibuku, Demi ALLAH, aku juga mencintaimu wahai Rasulullah" .

Lalu Rasulullah bersabda: "aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'az supaya jangan meninggalkan doa ini setiap kali selepas solat:


اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ


"Wahai ALLAH, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, sentiasa bersyukur kepada-Mu, dan sentiasa memperbaiki ibadahku kepada-Mu."

(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasa'ie, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dan al-Hakim)


Moga doa ini dapat diamalkan dengan tekun sehingga ke akhir hayat. Berkat doa ini, mudahan kita dapat istiqamah dalam kebaikan bermula Rejab ini sehingga ke akhir hayat. 


آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ


Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments