> Tiga Golongan Pertama Masuk Neraka

Tiga Golongan Pertama Masuk Neraka

 


Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Bahawa ada tiga golongan yang pertama akan masuk nereka. 


Siapakah mereka? 


Hadis ini telah diceritakan oleh Sayyidina Abu Hurairah ra. Pernah dikisahkan seseorang datang bertemu dengan beliau lalu bertanya 

"Wahai Abu Hurairah, ceritakan kepada ku hadis yang paling kau takuti."


Maka Abu Hurairah ra menceritakan hadis "3 golongan itu". Maka beliau pengsan akibat terlampau takut. 


Selepas beliau sedar kembali, beliau sambung cerita dan beliau pengsan lagi...


Setelah sedar beliau ceritakan lagi dan pengsan buat ketiga..


Apakah hadis itu?


Golongan yang pertama


"Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. 


Orang itu dihadirkan di hadapan Allah lalu diingatkan nikmat nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut


Allah bertanya "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"


Orang itu menjawab "Aku berjuang di jalanMu sehingga terbunuh."


Allah berfirman "Engkau berdusta.. Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai yang berani".


Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam neraka.


Penjelasan: Golongan ini telah dicampak ke neraka walaupun dia telah dibunuh di medan perang atas jalan Allah. Tetapi niatnya bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mendapat pujian orang. Dia mahu orang melihat dia sebagai seorang yang berani. Maka Allah azabkan dia. 

Nauzubillah 


(Golongan yang Kedua)


Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran .Orang ini dihadirkan lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.


Allah lalu bertanya "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"


Dia menjawab "Aku mempelajari ilmu lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."


Allah berfirman "Engkau berdusta.. Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)".


Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam neraka.


Penjelasan: Juga golongan yang seperti ni telah dicampak ke neraka. Meskipun dia adalah seorang alim' ulama telah menghabiskan masanya dalam dakwah dan mengajar ilmu agama. Tetapi bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mencari populariti. Hendak orang memandang dia dengan kehormatan. Maka Allah memberikan dia azab. 

Nauzubillah


(Golongan yang Ketiga)


Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah swt sehingga ia mengingatinya. 


Allah bertanya "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"


Dia menjawab "Aku membelanjakannya di tempat tempat yang engkau kehendaki."


Allah berfirman "Engkau berdusta.. Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."


Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu . Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka.


Penjelasan: Golongan ini telah diazab kerana dia menderma bukan kerana Allah tetapi sebab hendak menunjukkan amalan nya kepada orang lain. Supaya orang memuji dia dan melihat dia sebagai seorang dermawan. Maka Allah berikan dia azab 

Nauzubillah.


(Hadis Riwayat Muslim)


Semoga Allah selamatkan kita semua dari Neraka Nya. Dan ampunkan dosa kita  memberikan keredhaanNya. 


Tabarakallah. 


Wallahualam bisawab 

@islamitu_indah


Post a Comment

0 Comments