> Wasiat Imam Shafie

Wasiat Imam Shafie

 


WASIAT IMAM SHAFIE  


Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mangamalkan sepuluh perkara"


Pertama: Hak Kepada Diri, Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


Kedua: Hak Kepada Malaikat Maut, Iaitu: Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


Ketiga: Hak Kepada Kubur, Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


Keempat: Hak Kepada Mungkar dan Nankir, Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.


Kelima: Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat), Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


Keenam: Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka pada Hari Akhirat), Iaitu: membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


Ketujuh: Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka), Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapak, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


Kelapan: Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga), Iaitu: Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.


Kesembilan: Hak Kepada Nabi SAW, Iaitu: Bershalawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.


Kesepuluh: Hak Kepada Allah SWT, Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

ASHABUL KAHFI


Post a Comment

0 Comments