> Kisah Pak Imam Dan Seorang Pemuda

Kisah Pak Imam Dan Seorang Pemuda



KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Suatu hari beliau bertemu seorang Imam tua di kampungnya.


PEMUDA: Tok Imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?


PAK IMAM: In Shaa Allah boleh!!! Dengan izin Allah..


PEMUDA: Tok Imam yakin keeee?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya tau.. (Katanya dgn nada suara yg sgt angkuh!)


PAK IMAM: Saya akan cuba jawab soalan awak wahai anak muda!!


PEMUDA: Saya ada 3 soalan;

1. Kalau benar Allah tu ada, tunjukkan kpd saya kewujudan Dia?

2. Apakah yg dinamakan TAKDIR?

3. Kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg juga dibuat dari api, tentu syaitan itu tidak merasa sakit sebab mereka dicipta dari unsur yg sama! Apakah Allah swt tak pernah terfikir sejauh itu???


PANGGGGGGGGGG!!!

Tiba-tiba satu penampar yg sgt2 kuat dari tangan Tok Imam singgah melekat dipipi pemuda itu.


PEMUDA: Adoiiiii!!! Kenapa Tok Imam tampar muka saya??


PAK IMAM: Sekali tamparan yg kuat  dimuka kamu itu adalah jawapan untuk 3 soalan yg kamu tanyakan tadi.


PEMUDA: Saya tak faham!


PAK IMAM: Macamana kamu rasa penampar saya?


PEMUDA: Sakit laaa Tok Imam!!!


PAK IMAM: Jadi kamu percayalah sakit tu ada??!!


PEMUDA: Ya!


PAK IMAM: Boleh tak kamu tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia??


PEMUDA: Tak boleh laaa Tok Imam oiii!!!


PAK IMAM: Itu jawapan utk soalan pertama kamu tadi. Kita boleh rasa Allah swt tu ada tapi tidak boleh tengok.


Pemuda itu terus terpegun mendengar jawapan Tok Imam.


PAK IMAM: Malam tadi kamu bermimpi tak yg kamu akan ditampar oleh saya?


PEMUDA: Takkk!!! (sambil gosok2 pipi  bekas kena penampar)


PAK IMAM: Kamu ada terfikir tak yg kamu nak makan penampar saya hari ini?


PEMUDA: Takkk!!! (masih tercengang2)


PAK IMAM: Maka itulah namanya TAKDIR!


Pemuda sombong itu terdiam.


PAK IMAM: Tangan yg saya tampar muka kamu ini dibuat daripada apa?


PEMUDA: Kulit dan daginggg!!!


PAK IMAM: Pipi yg kena lempang dgn saya itu tadi dibuat daripada apa pulak?


PEMUDA: Kulit dan daging...!!!????


PAK IMAM: Kamu rasa macamana bila saya tampar dgn kuat muka kamu??


PEMUDA: Sakit dan pedih berdesing...!!!?


PAK IMAM: Itulah....! Walaupun syaitan dibuat daripada api dan neraka juga dari api, jika Allah swt berkehendak, maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... Walaupun sama unsurnya...!!


PEMUDA: Allahu Akbar!! 😂


Tok Imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Tok Imam tua tersebut.


Allah bagi kita ilmu sedikit je jangan nak sombong

Post a Comment

0 Comments