> 5 Kelebihan Surah Al-Kahfi

5 Kelebihan Surah Al-Kahfi

 

5 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI

 =========================


1. DIPANCARKAN CAHAYA UNTUKNYA ANTARA 2 JUMAAT.


Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:


“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”


(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)


Dalam sebuah lagi hadis, dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ


Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.


(Sunan Ad-Darimi: 3273)


2. TERSELAMAT DARI FITNAH DAJJAL.


Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ


Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.


Hadith riwayat Muslim: 1342


3. TURUNNYA KETENANGAN DAN RAHMAT YANG DISERTAI DENGAN PARA MALAIKAT.


Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya,


“Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”,


Baginda pun bersabda,


“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


4. MENCERITAKAN REALITI KEHIDUPAN SEBENAR.


Menurut petikan buku Tafsir dan Tadabbur Surah Al-Kahfi tulisan Datuk Dr Haji Zahazan Mohamed, surah ini bukan sahaja menceritakan realiti kehidupan sebenar, tetapi membuktikan bahawa setiap yang dicatat dalam al-Quran itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya menjelaskan lagi setiap kebenaran.


Jika diteliti, surah ini mempunyai satu tema iaitu pertembungan antara iman dengan keduniaan.


5. IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI UJIAN & FITNAH AKHIR ZAMAN.


Secara ringkasnya, terdapat 4 kisah yang disebutkan melalui surah Al-Kahfi iaitu:


i) Kisah penghuni gua


Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) yang diuji keimanan sehingga berlindung dalam gua. Kisah ini menuntut kita agar bersahabat dengan orang soleh dan saling membimbing antara satu sama lain dalam memelihara akidah serta iman kepada Allah.


ii) Kisah 2 pemilik kebun


Mengisahkan tentang ujian dan fitnah harta benda yang menimpa mereka. Ia mengingatkan kita kepada kehidupan dunia yang akan musnah dan hari akhirat yang kekal selamanya.


iii) Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir


Mengisahkan tentang ujian serta fitnah ilmu. Ia mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tinggi.


iv) Kisah Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj


Mengisahkan tentang Zulqarnain yang berhadapan ujian dan fitnah berkaitan kuasa. Ia mengingatkan kita kepentingan sikap tawadduk dan mengakui kekuasaan hanyalah daripada Allah.


Setiap kisah ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.


Credit : Sinaran.

Post a Comment

0 Comments