> Cara gajah Berkomunikasi & Surah Al-Fiil (Gajah)

Cara gajah Berkomunikasi & Surah Al-Fiil (Gajah)

 


 
 
Gajah merupakan haiwan yang pintar menyerupai kecerdasan primat, ikan paus dan lumba-lumba.

Spesies ini berkomunikasi melalui sentuhan, suara dan menggunakan komunikasi infrabunyi dan seismik untuk jarak jauh. 


Sentuhan

Sentuhan merupakan cara komunikasi utama bagi gajah. Gajah Asia menyapa satu sama lain dengan saling melilit belalai. Belalai juga dililit ketika perbalahan ringan. Gajah yang lebih tua akan menampar dengan menggunakan belalai, menendang dan mendorong untuk mendisplikan yang lebih muda.

 

 Suara

Gajah menghasilkan bunyi melalui larinks dan dimodifikasi oleh belalai. Suara deruman seperti bunyi trumpet dibunyikan ketika gemberia., dalam kesusahan atau marah. Gajah yang sedang bertengkar biasanya meraung, dan yang terluka akan melenguh.


Infrabunyi

Gajah boleh berkomunikasi melalui bunyi yang lebih rendah dari pendengaran manusia. Frekunsi panggilan infrabunyi pada gajah Asia berkisar antara 14-24HZ dengan tekanan suara sebesar 85-90dB. Mereka dapat berkomunikasi dengan jarak sejauh 10 km.


Isyarat Seismik

Isyarat seismik ialah getaran yang dihasilkan oleh tubrukan ke permukaan tanah atau gelombang akustik melalui getaran tanah. Gajah yang sedang berlari menghasilkan isyarat seismik yang memberitahu bahaya pemangsa kepada gajah yang lain. Getaran seismik boleh merambat dengan kecepatan hingga 32 km (20 bt).

 

Surah al-Fiil

Dalam al-Quran terdapat surah al-Fiil yang bermaksud gajah

Surah al-Fiil merupakan surah yang ke-105 didalam al-Quran. Fiil didalam bahasa melayu bermaksud gajah. Surah al-Fiil adalah surah Makkiyah yang mempunyai 5 ayat.

 

Surah ini berkisarkan tentang tentera Abrahah yang berusaha untuk menghancurkan Ka’bah tetapi tidak berjaya. Allah SWT  telah menghantar tenteranya yang berupa burung Ababil. Burung ini membawa batuan panas daripada neraka dan membunuh keseluruhan tentera Abrahah termasuk pasukan gajahnya.

 

Pada tahun kejadian juga lahir seorang putra yang akan memimpin seluruh umat manusia iaitu Nabi Muhammad SAW. Lantas tahun kelahiran Nabi Muhammad dinamai Tahun Gajah sempena mengingati kegagalan tentera Abrahah untuk memusnahkan Ka’abah.

 

Sumber : YaHijau & Internet


Post a Comment

0 Comments